Take Care Of My Boy - Chapter 2


Eli’s POV:

“Yahhhh ! Myunghee ,wake up! Hari ni kan kena kerja. Semalam oppa suruh tidur awal tak nak. Nak juga tuntut belanja makan semalam. Kan dah lewat. Bangun lah!” Susah betul nak kejut adik sorang nil lah .

“Arasso arasso , Myunghee bangun . Dah la, suara oppa boleh pekakkan telinga lah.” Antara keluar dgn tidak suara aku sebab tgh mamai lagi .

Aku baru nak keluar dari bilik Myunghee , pusing belakang tgk dia sambung tidur balik sambil selubung satu badan dgn selimut. Eh, budak ni. Sabar jelah dengan perangai dia .

“Kalau Myunghee tak bangun , oppa simbah dengan air satu baldi. Nak? Tak pon , oppa buang semua cd-cd kat rak tu. Pilih cepat ! YAAH MYUNGHEEE ! ”

Aku tengok Myunghee terus bangun dengan pantas lalu bangun daripada katil sambil tangannya ligat cari tuala. Tapi mata masih lagi tutup . Mana nak nampak tuala . Haish budak sorang ni . Haa , tu bangun tu tahu pun takut. Malas nak jemur tilam lah tu. Hahahah :D Nasib lah dapat abang macam ni. Kira untunglah dah cukup baik dah ni .

“Oppa nak pergi buat breakfast . Jangan tidur lagi.”

“Hmmm”dia mengangguk dengan lemah. Comel je muka dia pagi-pagi ni .


Myunghee’s POV:

Dekat setengah jam aku bersiap . Ligat otak aku berfikir nak pakai baju yang mana . Nak pakai shorts ke nak pakai skirt or jeans . Nak pakai t-shirt ke dress ke . Aigoo , mamat tu takdenye nak tgk kau pakai baju apa . Dia tak sedar pon Myunghee . Fikirku dalam diam . Akhirnya , aku pilih untuk memakai baju yang casual.  .

Hurmmmmm , sedapnya bau. Bau apa lah ni. Mesti Eli oppa buat something special. Tapi aku tak dapat duduk lama. Sebab sekarang dah 7.30 pagi. Nak naik bas lagi. Takpe. Balik nanti aku ambil lah makanan tu. Ah , tak sempat lah .

“Morning oppa! I’ve to go right now. Malam nanti oppa masak sedap-sedap eah.”

“Jamah lah sikit.”

“It’s okay. Have to go right now. Annyeong!”

Di Bus Stop …

Mana bas ni. Lama aku tunggu. Tak sampai-sampai pun. Nak je aku jalan kaki. Tapi terbayangkan betapa jauhnya hospital tu , huh takpelah.  Aku pandang kiri dan kanan untuk lihat bas ada ke tidak. Mata tak henti-henti tengok jam kat tangan . Dah lah tak sarapan lagi , aku salah timing ke datang ni ? Tapi selalunya bas datang masa ni .

Tiba-tiba …

Aku nampak Donghae dengan perempuan lain kat seberang jalan.Alamak! Aku kena sorok ni. Bahaya kalau Donghae nampak aku. Mana lah bas ni? Masa aku perlukan bas lah bas ni dating lambat. Aku harap Donghae tak nampak aku.

Sesekali aku nampak mereka tergelak dan bertepuk tampar. Aku tak boleh nak buat apa-apa. Aku bukan lagi siapa-siapa untuk dia. Aku rasa dia dah boleh lupakan aku sepenuhnya. Dia dah bahagia sekarang. Aku tak hak nak kacau hidup dia. Satu keluhan kecil dilepaskan.


*****

Perlahan - lahan aku mengatur langkah menuju ke wad Myung Soo. Rasa berdebar-debar mula menguasai diri. Pelbagai soalan mula menerjah di dalam kotak fikiranku. Boleh ke aku jaga dia? Nak masak ramen pun aku tak  tahu.  Mulai hari ni aku kena jaga Myung Soo. Nak jaga baby pun aku kurang mahir, ni kan pula aku kena jaga manusia yang dah besar panjang. Cuma bezanya, dia tak sedarkan diri.

Tombol pintu wad dipulas.  Aku segera mengatur langkah menuju ke katil Myung Soo.  Wajah Myung Soo ditenung sekilas. Terbit rasa kasihan apabila aku pandang muka dia yang kelihatan pucat. Matanya terpejam rapat. Begitu juga bibirnya. 

Aku melabuhkan punggung di kerusi yang tersedia. Beg galas yang dari tadinya tergantung kemas di bahu diletakkan di atas laci bersebelahan dengan katil. Aku menebarkan pandanganku ke sekeliling wad. Dinding wad ni kosong. Bosan. Terlalu formal. Huh. Rimas. Tak ceria langsung.

Haihh, aku tak tahu apa aku patut buat sekarang ni. Memandangkan ini ini kali pertama aku jaga orang sakit,koma. Jadi,aku tak tahu apa nak buat. Penjaga Myungsoo sebelum ni pun tak beritahu aku apa aku patut buat.  Kalau aku dah tahu keadaan aku jadi macam ni, dah lama aku bawa gitar aku. Sekurang-kurangnya Myung Soo boleh dengar lagu 'best' aku. Hahahh.

Beg galas yang diletakkan di atas meja diambil lalu dibelek-belek isinya. Hati aku tertarik untuk menarik keluar buku sudoku.  Buku sudoku yang tebalnya hampir satu inci itu dibelek-belek. Satu latihan pun aku tak buat. Masih ada bau kedai lagi. Hahah. Bosan. Aku kembali meletakkan buku itu semula ke dalam beg.  Aku melarikan pandanganku ke tangan Myung Soo.  Tangannya dicucuk dengan perbagai jenis wayar/tiub. Tapak tangan Myung Soo diusap perlahan.

"Kesian kau, mesti sakit kan." Aku bersuara perlahan.  Wajah Myung Soo ditenung lama.  Macam mana kalau lepas ni dia dah tak sedar lagi. Err?. Apa kau fikir ni. Sayang kalau dia pergi dalam usia muda. 

Aku melarikan pandangan aku ke laci tu. Hatiku tertarik untuk membuka laci tu. Aku ternampak sebuah diari yang berwarna hitam dan beberapa helai kertas lama.  Eh, diari.Heheheh, aku tersengih seorang diri. Aku ni memang suka baca diari orang.  Diari Sujie pun aku baca diam-diam. Dia suka Chunji. Tapi Sujie tak tahu pun yang aku dah khatam baca diari dia.

Aku selak muka surat pertama diari tu. "Ceh, gambar kau dengan biodata kau eah Myungsoo. Dah macam perempuan dah nak letak biodata, ada diari semua. "

Myungsoo's POV:

Tangan aku diusap perlahan. Tangan siapa pula ni? Lembut semacam je.

"Ceh, gambar kau dengan biodata kau eah Myungsoo. Dah macam perempuan dah nak letak biodata, ada diari semua. "

Eh,siapa dia? Aku cuba untuk membuka mataku,tapi aku tak berdaya. Aaaahhhh,diari aku. Banyak rahsia aku ada kat dalam tu. Ada cerita tentang dia. Dia! Dia orang yang paling penting dalam hidup aku. Arrggghh

Flashback
Myungsoo's POV:

"Klik! Klik!"

"Smart." Aku tersenyum sendiri. Dah lama aku stalk dia. Gambar kat dalam laptop pun dah beratus aku rasa. Aku memandang Eunji  yang sedang ralat membaca buku. Sesekali dia tersenyum sendirian. Sedang aku mengambil gambar Eunji, tiba-tiba

" Naekkeo haja, naega neol saranghae, eo? ~" Ringtone aku berbunyi. Alamak,lupa pula nak tukar silent mode.Siapa pula yang kacau aku ni,tengah sedap stalk Eunji ni. Nama yang tertera di phone itu OMMA. Aishhhh

"Yabaseyo"
"MyungMyung, balik sekarang. Ada hal ni."kata Omma ku
"Yela yela. Kejap lagi MyungMyung balik."
"Cepat sikit tau. Jangan nak melencong pergi tempat lain."
"Iya. K,Annyeong."

Aku meletakkan phone tu ke dalam kocek seluar. Aku ingatkan nak sambung stalk Eunji sekejap,selama beberapa minit. Aku  mengalihkan pandangan aku ke hadapan,untuk melihat Eunji. Aik,dia takde. Mana dia? Kena culik ke? Takkan lah,aku jawab call omma aku ni sekejap je.
" Ehem,ehem" Aku merasakan ada orang menyentuh bahu ku. Aku pusing ke belakang. Alamak!

Eunji's POV:

"Naekkeo haja, naega neol saranghae, eo? " Bunyi apa tu? Aku pandang ke kiri untuk mencari bunyi tu. Aku ternampak seorang lelaki berpakaian casual dan kamera Nikon tergantung di leher. Dia sedang memegang telefon,seperti bercakap dengan seseorang. Aku berjalan menuju ke arah lelaki itu.

"Ehem,ehem" Aku menegur sambil itu aku menyentuh bahu lelaki tu.

"Awak buat apa kat sini? Kenapa duduk kat semak sini? Kenapa tak duduk kat bangku situ?" Aku menunjukkan bangku yang aku duduk tadi.

"Erk.Erk. Takde pape lah." Dia terus  pergi lari daripada situ. Peliknya.

End Flashback

Dayah dan Kuma banyak tolong eden dalam ff ni. Thanks a lot ((:

3 comments:

Anis Amirah said... [Reply]

Besstttt ! Sambuuuuuuung ! Hehehe

Aff_KS said... [Reply]

Sambung XD Bila part Donghae? Hoho.

Nur Fatihah Zamri said... [Reply]

daebak la citer nie..
best sngatx2..
thanks sbb jemput bce.. :)