Flashback
Myunghee’s POV
Aisshh. Aku dah
lambat. Macam mana aku boleh lupa nak set alarm? Semalam nak sangat tengok
Music Bank sampai lewat malam sampai lupa nak set alarm. Eli oppa pun dah
ingatkan awal-awal. Aku je yang lupa. Aku berlari dengan secepat yang mungkin
sambil membawa kerja kursus yang Teacher Eunjung minta. Teacher Eunjung suruh
aku hantar kerja kursus ni waktu pagi sebelum waktu persekolahan bermula.
Sekarang ni dah pukul berapa? Aku melihat jam yang berada di pergelangan
tanganku sambil berlari. Disebabkan kesuntukkan masa,secara tidak sengaja aku
terlanggar sedikit bahu-bahu orang lalu lalang.
“Tumpang lalu,saya dah
lambat ni.”
Tiba-tiba
“BUKKK” Aku rasa aku
terlanggar seseorang. Mesti seseorang yang aku langgar tu seorang yang kuat
sehingga membuatkan aku jatuh terduduk. Mataku terpejam rapat untuk menahan
kesakitan. Aku tak perasan pun kerja kursus aku tercampak kat mana. Kepala aku
sakit.”Auchh”
Donghae’s POV:
”Donghae,cikgu nak
jumpa kau sekarang di bilik guru. Ada hal penting.”
Eunhyuk tiba-tiba menerjah masuk ke kelas. Semua yang berada di dalam kelas tu
terkejut. Dia ni,tak boleh ke masuk kelas tak terjah. Aduhai. Dia kelihatan
tercungap-cungap. Mungkin dia berlari dari bilik guru sampai kelas ni. Kemudian
Eunhyuk menarik aku,aku belum nak letak beg aku kat atas kerusi lagi.
“Yahh! Sabar lah.”
Eunhyuk berhenti dan menunggu aku.
“Kita kena cepat.”
Eunhyuk menunjukkan wajah semangatnya. Nak jumpa cikgu je bukan nak berperang.
Apalah kawan aku seorang ni. Selepas itu,dia berlari meninggalkan aku. Aku
terpaksa berlari untuk mengejar Eunhyuk. Tiba-tiba
“BUKKK”
Siapa yang aku langgar
ni? Eunhyuk ni,dia lari tak ingat. Sampai aku kat belakang ni pun dia boleh
tinggalkan. Macam nak berlumba lari kat Olimpic pulak. Aku menggosok perlahan
bahuku. Rasa sakit. Kepala orang yang langgar ni keras macam batu.
Kemudian aku bangun.
“Auchh.” Aku
mengalihkan pandanganku ke hadapan. Seorang perempuan rambut beralun sedang
menggosok kepalanya dan agak kelam kabut. Perempuan tu terus bangun.
“Yah,buta ke?Orang dah
lambat ni. Nampak ke tak ni? Kalau tak nampak pergi kedai beli cermin mata”
Perempuan tu tiba-tiba tengking aku. Kenapa pula? Apa salah aku? Patutnya salah
dia lah.
“Kau lah yang buta. Dah
lah pendek. Kepala keras macam batu.” Aku menengking dia di khalayak ramai. Aku
kena mempertahankan maruah aku. Tapi aku dah tak cool dah bila aku tengking
dia. Aishh,dah tak boleh tarik balik.
“Apa? Pendek? Pendek
kau kata? Eah aku ni dah kira tinggi dah tau.” Perempuan itu menonjetkan kaki
dia untuk sama tinggi dengan aku.Hahah. Kelakar pula aku rasa. Donghae,ni
bukannya masa untuk kau gelak. Serius Donghae!
Myunghee’s POV:
“Apa? Pendek? Pendek
kau kata? Eah aku ni dah kira tinggi dah tau.” Aku terpaksa menonjetkan kaki
aku supaya aku dapat sama tinggi. Aku sangat marahkan dia sampai terlupa
tentang kerja kursus yang Teacher Eunjung minta.
Alamak. Teacher
Eunjung. Aku terus melihat jam. Dah lambat. Aku terus berlari sambil menyandang
beg sekolahku. Beg sekolah aku ni memang susah. Menyesal aku beli beg sandang.
Dah pertengahan tahun dah,baru nak merungut. Aku sempat melihat tanda nama dia,
tertulis LEE DONGHAE.
“Kau ni..”
“Kbaii,aku ada hal.
Esok esok je lah kau sambung marah kau tu. Aku dah late ni.” Dia belum sempat
membalas kata-kataku lagi. Aku sudah memotong ayat lelaki itu. Biarlah. Aku
meninggalkan lelaki yang bernama Lee Donghae tu dalam keadaan terpinga-pinga.
Tapi aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Aaahhh,nanti-nanti je lah aku
fikir tu. Sekarang aku kena kejar masa. Takut Teacher Eunjung potong markah
kerja kursus aku nanti.
Donghae’s POV:
“Kbaii,aku ada hal.
Esok esok je lah kau sambung marah kau. Aku dah late ni.”
Perempuan tu memang
lah. Aku baru je nak mulakan perang mulut. Dia dah blah dengan mengucapkan
“Kbaii,aku ada hal. Esok esok je lah kau sambung marah kau.” Senang je. Eah,aku
pun dah lambat ni. Aku baru nak meneruskan langkah aku,tiba-tiba. Mataku
tertarik dengan sesuatu benda yang yang tebal dan berwarna putih seperti folio.
Aku pergi ke arah benda itu. Ouh,kerja kursus rupanya. Aku mengambil kerja
kursus itu. Nama yang tertera KIM MYUNGHEE kelas 2 tahun 2. Aik,macam mana dia
punya kerja kursus boleh tertinggal kat sini?
“Donghae,cepat lah.
Cikgu dah membebel dah tadi.” Eunhyuk tiba-tiba muncul kemudian dia menarik
tangan aku. Kenapa banyak tiba-tiba yang berlaku hari ni? Aku ingatkan nak cari
perempuan yang bernama Myunghee tu,tapi Eunhyuk dah tarik aku dulu,jadi tak
sempat lah aku nak cari Myunghee.
*****
Myunghee’s POV:
“Myunghee,mana awak
punya kerja kursus,saya nak tengok?” Kerja kursus? Aku mencari kerja kursus di
dalam beg sandang aku.
Takde?! Takde?! Macam
mana boleh takde ni? Takkan dah hilang kot. Teacher Eunjung sudah membuat muka
garang di hadapan aku. Aku baru teringat. Tadi,perlanggaran yang tidak
disengajakan. Mesti tercicir dekat tempat aku berlanggar tadi. Donghae! Mesti dia
ambil. Mesti dia perasan kerja kursus tu dan ambil. Takkan lah dia rabun kot
tak nampak kerja kursus tu.
“Teacher,Mianhae. Boleh
tak saya hantar kerja kursus tu esok?” Aku cuba untuk
memujuk teacher tu dengan membuat muka aegyo.
“Teacher,pleaseee..”
Teacher mengeluh. Hahah.
“Yela. Teacher beri
masa sampai esok. Esok kalau tak hantar. KOSONG!” Teacher membuat bentuk kosong
menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya.
“Teacher memang
terbaik. Sayang teacher.” Aku hampir-hampir nak peluk teacher. Nanti aku nak
cari Donghae. Hurmm! Aku mengangguk dengan penuh semangat
“Dah, Kamu ni kenapa
angguk-angguk ni? Berangan ke? Baik kamu pergi ke kelas kamu. Kamu dah lambat
dah ni.” Aah. Hari ni aku asyik lambat je.
“Dhe.” *bow* Segan je
cikgu nampak aku angguk tadi. Aku rasa macam nak hantuk je kepala aku.
*****
Tamat persekolahan
Myunghee’s POV:
“Sujie,dah siap ke
belum? Kajja!” Aku ingatkan nak cari lelaki tu. Masalahnya aku tak tahu dia
kelas mana. Sekolah ni dah lah besar. Aku akan fikirkan alternatif lain. Tapi
Teacher Eunjung nak esok. AAAHHH. Aku dalam dilema.
“Kajja!” Sujie memeluk
tangan aku. Dia memang suka buat macam tu. Tapi aku tak kisah. Aku tersenyum.
Kami jalan bersama-sama. Chunji tak datang sekolah hari ni. Dia demam.
Tiba di pintu pagar depan
Sedang aku berjalan,ada
kelibat seorang lelaki yang memintas aku. Dia berjalan ke hadapan tanpa
memandang kiri kanan dan kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam kocek. Hek
eleh,bajet cool lah tu. Kejap. Yang tu lelaki yang bernama Donghae. Lelaki yang
langgar aku tu.
“Sujie,Sujie balik lah
dulu. Cakap dengan Eli oppa MyungMyung balik lambat sikit.” Sujie yang tidak
tahu apa-apa hanya mengangguk dan berjalan pulang sendirian. Dia faham aku.
Aku tak cerita kat
Sujie pun hal ni. Tak penting aku rasa. Aku mengikut Donghae.Dia hanya berjalan
sambil bersiul. Buat masa ni dia tidak sedar apa-apa. Bila dia pusing
belakang,aku akan menyorok di tiang atau kedai berdekatan dengan aku,tak pun
aku akan buat sesuatu perkara yang tidak mencurigakan dia. Aku ikut saja ke
mana dia pergi. Tapi kenapa aku kena menyorok? Sedangkan aku cuma
nak tanya kat dia tentang kerja kursus jeh.
“Donghaeee!” Aku memanggil nama dia dengan kuat.
Kemudian dia menoleh ke belakang dan memandangku. Aku terus melambai sambil
berjalan ke arahnya.
“Kau nak apa?” tanya Donghae.
“Urmm, aku nak tanya, kau ada nampak kerja
kursus aku tak time kita langgar tadi?”
balasku.
“Ouh, ada. Tapi kat kelas, aku nak pulangkan
tapi tak sempat.” Dengan selamba dia membalas persoalan aku.
“Kat kelas? Aku kena hantar esok pagi kalau tak
nanti aku dapat kosong.” Aku meninggikan sikit volume suara aku. Dah nak marah
ni, tapi aku tahan. Masalah takkan selesai dengan kemarahan. Sabar Myunghee.
“Yelah, esok pagi lah aku bagi kau. Sempat kan ?”
“Sempat ke? Takde, esok kita jumpa kat depan
sekolah pukul 6.30 pagi. Aku tak nak hantar kerja kursus tu lewat.” Arahku.
“Tapi.ak.aku.”
“Takde tapi-tapi. No excuses”
Laju aku memotong ayatnya.
“Aishh” aku dapat mendengar
dia merengus.
“Aku nak kena balik dulu.
Hari dah lewat. Jumpa esok. Annyeong.” Aku sempat melambai ke arah
Donghae. Muka dia nampak tak puas hati je. Aaahh,takpe. Asalkan aku dapat kerja
kursus tu esok.
*****
Keesokkan pagi
Donghae’s POV:
Hari ni aku kena datang
awal. Ni semua gara-gara kerja kursus tu. Kan bagus kalau
aku tak kutip kerja kursus budak tu. Takde lah menyusahkan diri aku. Aku menguap.
Mulutku terbuka luas.
“Oit,menguap tu tutup lah
mulut. Nanti lalat masuk.” Myunghee tiba-tiba menerjahku. Terkejut aku. Nasib
baik aku tak terlompat. Be cool Donghae.
“Haishh,kau ni jangan lah
terjah aku macam tu. Dah jom ikut aku masuk sekolah.” Aku mengajak Myunghee.
Aku yakin,takde sesiapa yang berada di sekolah sekarang ni. Melainkan pak
guard, aku dan Myunghee, Baru pukul 6.30 pagi,siapa je yang nak datang seawal
ni ke sekolah?
“Errrrkk,kita tak nak tunggu
pukul 7 lebih ke? Ada orang ramai
sikit.” Aik, semalam dia yang bersungguh suruh aku datang awal nak ambil kerja
kursus. Sekarang dia tak nak pula.
“Dah jom lah.Takde pape lah.”
Aku terus masuk sekolah tanpa menghiraukan Myunghee.
“Yahh,tunggu aku.” Dia
berlari terkedek-kedek untuk mengejarku.
Di kelas tahun 3 kelas 1
Aku pergi mengambil
kerja kursus Myunghee yang berada di bawah mejaku. Myunghee hanya mengikut
langkahku.
“Nah,kerja kursus kau. Lain
kali jangan careless boleh tak? Menyusahkan aku je” Aku
memberi kepada Myunghee.
“Kamsa Donghae. AAAAAA. Nasib
baik kau ada. Kalau tak mesti kerja kursus aku dapat kosong. Yeayy.” Myunghee
happy sampai terlompat-lompat macam budak kecil. Dah macam kanak-kanak ribena
pulak aku tengok. Secara tiba-tiba lampu suis termati. Kenapa
tiba-tiba lampu suis termati ni? Tiba-tiba aku terasa seseorang memegang tangan
aku.
“Donghae-ah, aku, aku, takut. Kau jangan
tinggalkan aku tau.” Melalui suara itu, aku tahu dia dalam ketakutan. Genggaman
dia semakin kuat. Aku pelik. Tak lama selepas itu, aku terdengar Myunghee
menangis.
“Myunghee, kau, erkk, kau kenapa?” soalku. Tapi dia
diam. Kemudian dia sandarkan kepala dia dia dadaku.
“Kenapa hati aku rasa berdebar-debar ni.
Takkanlah aku dah suka kat dia.” Monologku. Aku hanya memandang dia dengan
pandangan yang sayu.
“Myunghee tak suka gelap. Bila waktu gelap,
Myunghee akan rasa keseorangan dan ditinggalkan. Myunghee tak suka macam tu.”
“Myunghee,kalau Myunghee ada masalah, Myunghee
beritahu Donghae. Donghae akan selalu ada di sisi Myunghee.” Aku yakin, dia ada
simpan sesuatu. Setelah setengah jam berlalu, barulah lampu suis hidup.
Dia terus pergi sambil mengesat air matanya
tanpa memandangku. Aku harap aku boleh mendampingi dia. Aku memegang dadaku. Kenapa hati aku berdebar-debar tadi?
End Flashback
0 comments:
Post a Comment