Love Tangle- Chapter 2



Replay bila dah habis -,- Aku main pilih je lagu. Enjoy I'm rushing kbai :D 
Erin's POV

    Aku merenung lemah papan hitam yang penuh dengan contengan. Pen di tangan diputar-putarkan. Kejadian dua hari lepas masih berlegar-legar di mindaku. Keluhan demi keluhan terbit dari bibirku. Mataku terasa berat. Ahh, aku mengantuk. Semalaman aku bertungkus-lumus menyiapkan folio aku dan Sun Hwa yang telah kotor. Cis, semua ni sebab si mangkuk tu. Aku mengurut perlahan kepalaku.

    "Betul ke lelaki tu marah kau?" Soal Sun Hwa sambil tersengih. Serta-merta aku kembali berpijak di bumi realiti. Pandangan mata yang tadinya semakin kabur kini kembali menjadi jelas. Wajah polos Sun Hwa ditenung seketika.

    "A'ah. Aku tak sengaja. Dia marah aku macam aku bunuh orang. Patut ke?" Berkerut-kerut dahiku memikirkan jawapan kepada soalan sendiri.

    "Mungkin. Kau ni kalut sangat." Laju lengannya aku cubit. Sun Hwa segera mengusap perlahan lengan yang dicubit. Berkerut-kerut mukanya menahan sakit. HAHA. Padan muka.

    "Kau ni boleh tak serius?" Aku memasamkan muka. Berpura-pura merajuk.

    "HAHAH, okay. Hmm. Dia handsome tak?"

    "Handsome." Jawabku di luar sedar. Entah bagaimana perkataan yang tidak sepatutnya disebut tersembul keluar dari bibirku. Erk?

    "Wahh, jadi kau suka dia lah?!" Nada suara Sun hwa kedengaran teruja. Tanganku digenggam kuat.

    "Ugh, tidak! Tidak akan! Manusia macam tu patut di humban ke laut!" Aku segera membalas. Kertas latihan subjek sejarah digenggam sekuat hati. Habis lunyai.

    "Hahah, okay. Tak pun kita boleh humban dia ke dalam lava!" Cadang Sun Hwa. Aku tergelak mendengar cadangan Sun hwa. Tak sangka dia sanggup melayan rancangan bodoh aku.

    "Hey, berhenti ketawa sekejap. Aku nak cakap sesuatu ni." Sampuk Dong Ho. Wajahnya serius. Dia segera melabuhkan punggungnya di sebelah Sun Hwa. Aku dan Sun Hwa setia menunggu Dong Ho untuk menyampaikan apa yang ingin disampaikan.

    "Petang ni ada kelas tambahan." Sambung Dong Ho. Dong Ho mengeluh lemah.

    "Huh? Kelas tambahan? Kita kan pelajar kelas pertama, kenapa mesti ada kelas tambahan. Math ke?" Soal Sun Hwa. Jelas terukir riak tidak puas hati di wajah putihnya. Dong Ho menggeleng lemah. Rambut hitamnya dielus lembut.

    "Seni. Tadi aku tersempak dengan cikgu Yun Sia. Dia bagitahu aku pasal kelas tambahan ni. Kau dua orang semestinya terlibat." Dong Ho tersengih.

    "Seni? subjek paling susah dalam hidup. Memang patut pun aku gagal. Tapi, seni cuma subjek tambahan je. Kenapa sampai nak buat kelas tambahan?" Soal Sun Hwa. Berkerut-kerut dahinya berfikir. Dong Ho mengangkat bahu. Aku cuma kekal mendiamkan diri. Lebih selesa melayan perasaan sendiri. Masing-masing terdiam. Leka melayan 'dunia' sendiri.


*******************

    "Yah! Tunggu lah aku!" Jerit Dong Ho. Dong Ho kelihatan bersusah payah melawan arus pelajar yang berjalan bertentangan dengan arahnya. Pegangan buku lakaran di tangan diperkemaskan. Peluh jelas kelihatan mula membasahi dahinya.

    "Kau memang lambat. Aku tahu lah kau memang tak suka kelas tambahan Seni." Sun Hwa menjeling Dong Ho yang sedang mengelap peluh di dahi.

    "Tangan aku ni tangan kayu. Diimport dari Indonesia. Brand kayu Jati, sebab tu lah tangan aku keras." Aku tersengih mendengar komen Dong Ho.

    Kami berjalan masuk ke sebuah galeri seni dimana tempat ini selalu diguna untuk aktiviti kelas tambahan Pendidikan Seni Visual. Cikgu Yun Sia dan beberapa orang murid telah pun sampai terlebih dahulu. Aku mengambil tempat duduk bersebelahan dengan tingkap. Tempat kegemaran aku sejak kecil. Sun Hwa pula mengambil tempat duduk di sebelahku. Sejak aku mula melangkah masuk ke alam tadika lagi kami selalu bersama. Dong Ho bertindak mengambil tempat duduk di hadapanku. Jelas kedengaran dia melepaskan keluhan kecil.

    "Kelas tambahan ini diadakan kerana markah ujian kamu semua teruk dan rendah.  Kelas tambahan ini akan diadakan hingga hujung tahun." Kata-kata cikgu Yun Sia telah membuatkan semua pelajar yang terlibat menjadi kaku. Dong Ho ternganga besar sambil menyilangkan tangannya. Tanda dia tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya.

    "Dong Ho, kenapa dengan awak? Tak suka saya adakan kelas tambahan hingga hujung tahun? Sindir cikgu Yun Sia. Segaris senyum palsu terukir kemas di bibir nipisnya.

    "Err? Hah? Suka." Dong Ho memalsukan senyuman. Masing-masing berbalaskan senyuman palsu. Huh. Bagus sangat lah tu. Dong Ho segera melarikan pandangannya ke bawah meja. Tidak sanggup untuk bertentang mata dengan Cikgu Yun Sia.

    "Bagus, Kelas ini akan diadakan pada setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis. Sambung Cikgu Yun Sia. Sekali lagi lidah kami kelu untuk membantah. Perasaan malas mula galak menjalar merantai diri. Ahh, aku benci kelas tambahan ni. Jujur, aku benci. Tak guna betul. Cikgu Yun Sia cuma mampu tersenyum sinis melihat gelagat kami.

    "Tiga hari dalam seminggu? Gila wehh. AAA~ Let me die in peace." Rungut Sun Hwa dengan nada separuh berbisik. Aku tersenyum hambar. Aktiviti kelas tambahan ni menganggu aktiviti waktu petang aku. Ugh. Masa rehat dekat rumah pun dah jadi singkat. Cis!

    "Kamu semua akan diajar oleh senior-senior yang berbakat salam bidang lukisan. Sebentar lagi mereka akan sampai." Ohyaaa, kamu semua akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan." Kata-kata cikgu Yun Sia telah merosakkan mood aku yang sememangnya telah rosak. Ahh, aku malas lah nak melukis. Tak kira berapa kali aku melukis pun, lukisan aku tetap setaraf dengan lukisan budak tadika. Senior? Huh. Gila kuasa. Tsk, kalau ye pun, bagi lah aku pilih ahli kumpulan sendiri. Ugh, malang lah siapa yang jadi tutor aku. HAHAH.

    "Aku harap kita satu kumpulan!" Aku kembali berpijak di bumi realiti setelah suara Sun Hwa menerjah masuk ke gegendang telingaku. Aku mengangguk kecil. Ah, aku memang berharap yang aku akan sekumpulan dengan Sun Hwa dan Dong Ho.

    "Aku pun!" Sampuk Dong Ho.

    Pintu galeri seni diketuk dari luar. Lantas aku melemparkan pandanganku ke pintu  masuk utama. Cikgu Yun Sia berlari anak menuju ke pintu yang dihiasi dengan ukiran berkerawang. Dia kemudian membuka pintu dan mempelawa sekumpulan pelajar senior masuk.

    "Mereka semua ini lah yang akan menjadi tutor awak semua." Ujar cikgu Yun Sia bangga. Entah apa yang dibanggakan pun aku tak tahu. Cehh. Mereka semua berdiri tegak dihadapan kelas sambil tersenyum bangga.

    "Chonan Kim Yun Jae imnida." Sapa salah seorang perempuan yang berdiri disebelah cikgu Yun Sia. Dia tersenyum manis ke arah kami.

    "Chonan Jo Ha Ni. Others are, Lee Taemin, Woo Ji Ho and Kim Myung Soo." Dia bertindak memperkenalkan kesemuanya sekali.

    Kim Myung Soo?

    Erk? Really?

    Myung Soo?

    Si mangkuk?
 
    Apakah?

    Kenapa dia boleh ada dekat sini? Kenapa kau tidak perasan dia tadi? Kenapakah?

    Aku meneguk air liur dan segera melarikan pandanganku ke luar tingkap. Perasaanku bercelaru. Makin bercelaru. Argh, macam mana kalau dia jadi tutor aku? Ahh, tak mungkin. Masakan dia boleh jadi tutor aku. No way. Musnah hidup aku.

    "Sila beri perhatian. Saya akan membahagikan kamu kepada beberapa kumpulan. Ahli kumpulan tidak akan berubah sehingga akhir tahun." Kata-kata cikgu Yun Sia telah meruntuhkan angan ngeriku. Sekarang aku sedang berpijak di bumi realiti yang ngeri. Ahh, aku menjadi semakin resah. Tak guna betul. Aku benci perasaan ni. Sabar Erin, sabar. Everything will be fine. Myung Soo tak akan jadi tutor aku. Hell to the No!

    "Kumpulan pertama ialah Shin Dong Ho, Jaehyo dan Han Sun Hwa. Tutor kamu ialah Lee Taemin." Ujar cikgu Yun Sia. Jantungku bagaikan luruh dari tangkainya. Ahh, mereka berdua harapan aku untuk bahagia menjalani kelas tambahan Seni yang penuh rintangan ni. *ceh Erk, apakah?

    ..........

    Dong Ho,, Sun Hwa,,

    ...Malangnye aku. Kfine.

    Harapan aku, *segunung harapan yang tinggi, eceh*    

    Hancur, berderai.

    Dong Ho dan Sun Hwa silih berganti memandangku.

    Hampir semua nama pelajar telah disebut bersama tutor mereka. Kecuali AKU. Bilalah nama aku akan disebut?

Maaf kalau ada kesalahan tatabahasa atau ejaan *bows*

P/s : Dayah ._. Nah ._. Baca ._." Hahah
Sorry bosan ._."
Aku spam dekat sini ._.
Ahh, gila aku ._.
Kbai
._.  

  
  

 

5 comments:

Anonymous said... [Reply]

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA. Aku nak lagi. LAGI. SAMBUNG CEPAT. AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA :D Myungsoo. Erin. AAAAAAAAAAAAAAAA <3

Aze Alia said... [Reply]

Nice FF :) Suka suka. Update soon okay? Myungsoo dengan Erin tu sweet je ;)

Jae Min said... [Reply]

@Hidayah Rosli, TT_TT AAAA trimas baca.

Jae Min said... [Reply]

@aze alia, TT___TT Okay :DD *trimas baca

AmyZana said... [Reply]

trime kasih sudi jemput ya ;]