Love Tangle- Chapter 1



Erin's POV

     Langit yang semakin mendung ditenung buat kali kedua. Lantas aku mengetuk kuat pintu rumah Sun Hwa. Bagi runtuh rumah dia. Baru dia sedar yang aku dah lama berdiri di depan pintu rumah dia. Aku menggigit bibir kegeraman. Mana Sun Hwa ni? Aku melabuhkan punggungku di kerusi yang tersedia di luar rumah. Aku segera mengeluarkan telefon bimbitku dan mendail nombor Sun Hwa.

'Tuuttt,,ttuuuutt'

'Tuuuutt,,ttttuuuutt'

'Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. sila cuba sebentar lagi.'

    "Argh, Sun Hwa~! Mana kau ni! Aku perlukan kau. Kalu takde mati lah aku." Aku menjerit kecil. Aku meraup kasar mukaku. Terbit rasa geram terhadap kawan baikku, Sun Hwa. Aku memandang ke sekeliling rumah. Sunyi. Pandangan mata dialihkan ke arah sebuah pasu buga di sebelah pintu rumah. Aku mendapat idea. Aku segera berlari menuju ke pasu tersebut dan mula mencari kunci rumah yang disorokkan.

    "Haa~ Jumpa pun. Takde lah susah mana." Aku tersenyum sinis. Aku segera membuka pintu rumah dan melangkah masuk. Sunyi. Rumah Sun Hwa kosong. Betul lah yang dia tiada di rumah. Keluar dengan Dong Ho agaknya. Aku mengatur langkah menuju ke bilik Sun Hwa. 

    Tombol bilik Sun Hwa dipulas. Aku mula melangkah masuk. Keadaan bilik Sun Hwa bersepah. Tidak ubah seperti medan perang. Aku mengeluh lemah mengenangkan perangai Sun Hwa. 

    "Bilik anak dara macam ni ke?" Aku membebel kecil sambil mengemas buku-buku latihan yang bertaburan di atas katil. 

    "Ada 'book fight' ehh? Hancur gila buku latihan kau ni." Berkerut-kerut dahiku memikirkan apa yang Sun Hwa telah lakukan. Aku membongkokkan badanku untuk mengutip buku-buku yang bertaburan di atas lantai. Sesudah semua buku disusun rapi, aku meletakkannya di atas meja latihan. 

    "Meja kau pun bersepah?" Aku terjerit kecil. Aku segera mengutip kertas-kertas yang bersepah di atas meja. 

    "Aku ni dah macam orang gaji kau. Lebih teruk lagi, aku dah jadi macam orang gaji yang tidak berbayar." Omelku. Aku merebahkan badanku di atas katil. Terasa sedikit penat setelah melakukan 'kerja amal' tadi. 

    Aku memejamkan mataku. Mataku dirasakan berat. Ugh, aku tak boleh tidur dekat sini. Aku memusingkan tubuhku. Patung arnab milik Sun Hwa dipeluk erat. Lembutnya~ Aku tidur sekejap boleh kan? Perlahan-lahan aku memejamkan mataku. Kali ni, aku yakin tidurku tidak akan diganggu. 

    ............. 

    Tapi,

    Aku macam lupa sesuatu,

    ............

    Apa tujuan aku datang rumah Sun Hwa?

    ...........

    "Hahhhh! Baru aku teringat! Kenapa boleh lupa!" Aku menjerit sekuat hati. Lantas aku bangun dari katil dan berlari menuju ke almari Sun Hwa. Dia biasanya simpan beg sekolah dalam almari. 

    "Duhh,sakit lah kepala aku. Yahh siapa tu?" 

    Aku terhenti menyelongkar beg Sun Hwa. Aku mendiamkan diri. 

    "Yah, siapa tu?! Leo ehh?" Suara itu datang dari bawah katil. Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke katil semula. Aku membongkokkan badanku supaya aku boleh melihat siapakah yang berada di bawah katil. 

    "Yahh Sun Hwa! Kau buat apa dekat bawah katil?" Aku menarik tangan Sun Hwa untuk menolong dia keluar dari bawah katil. 

    "Huh? Macam mana kau boleh ada dekat dalam bilik aku?" Tanya Sun Hwa yang sedang terpisat-pisat. Dia duduk bersila sambil menggosok matanya. 

    "Kau tidur dekat bawah katil ke?" Soalan Sun Hwa hanya dibiar berlalu pergi dibawa angin. Sun Hwa tidak menjawab. Dia cuma menguap dan mengeliat. 

    "Mana Leo?" Soal Sun Hwa. Matanya dipejamkan semula. Ceh, soalan aku pun dia tak jawab.

    "Folio mana?" Aku menampar pehanya. Matanya kembali terbuka. 

    "Dalam beg lah~" Sun Hwa menjawab malas. Aku segera pergi mendapatkan semula beg Sun Hwa dan kembali menyelongkar isinya.

    "Haa, jumpa pun." Aku menarik nafas lega. Kalau tiada folio ni, aku mesti kena denda kutip sampah sebulan berturut-turut. Jatuh reputasi. 

    "Mana Leo? Kau ada nampak dia tak?" Sun hwa merangkak ke arah aku yang sedang bersandar di almari. 

    "Huh? Tak. Kenapa?"

    "Alaahai, mana budak ni? Kalau dia hilang habis lah aku. Nanti, kalau mak dia cari macam mana? Apa aku nak jawab?." Sun Hwa mengusutkan rambutnya yang tersedia kusut. Dia meraup mukanya dengan kasar.

    "Kau buat apa sebenarnya dekat bawah katil? Kenapa dengan Leo? Siapa Leo?" Soalku bertubi-tubi. 

    "Aku main hide and seek dengan dia. Aku menyorok dekat bawah katil. Tak sangka aku boleh tertidur. Dia adik saudara aku." Aku tergelak mendengar penjelasan Sun Hwa. 

    "Apa gelak-gelak? Aku tengah kusut ni." Marah Sun Hwa. Dia bangun dan berjalan malas menuju ke tingkap. 

    "Leo! Mana Leo? Unnie dekat sini lah! Game over!" Jerit Sun Hwa.

    Sunyi

    Tiada jawapan

   "Yah, Erin ahh. Leo dah hilang!" Sun Hwa menjerti kecil. Tubir matanya sudah berair. Riak wajahnya kelas sekali menunjukkan yang dia sangar risau dan takut. Secara automatik aku turut merasakan perasaan yang sama. 

    "Erk, kau jangan risau okay? Kita cari sama-sama eh?" Pujukku. Bahu Sun Hwa diusap perlahan. 

    Pintu bilik dikuak dari luar. Aku segera memandang ke arah pintu tersebut.

    "Leo!" Sun Hwa berlari memeluk Leo yang comot dengan coklat di pipi dan mulutnya. 

    "Leo pergi mana huh?" Soal Sun Hwa. Leo tersenyum comel.

    "Leo ada dekat dapur, makan coklat. Lepas tu Leo tidur dekat meja makan." Jawab Leo sambil tersengih. 

    "Huh? Leo jangan pergi mana-mana lagi tau." Sun Hwa mencubit pipi Leo. Aku datang mendekati mereka berdua. 

    "Leo, Annyeong!" Sapaku mesra. Pipi comot Leo menjadi sasaran. Aku segera mencubit perlahan pipinya. AHH, comel.

    *bunyi guruh*

    "Err, Sun Hwa, aku balik dulu sebelum hujan. Kbai!" Aku mengambil folio Sun Hwa dan berlari keluar. 

    "Erin. take care!" Jerit Sun Hwa dari dalam bilik.

   "Bye Bye!" Suara comel Leo jelas kedengaran.


**********


    Aku berjalan perlahan sambil menyanyi kecil. Langit sudah kembali cerah. Bagus, aku tidak perlu berlari lintang pukang balik rumah. Pandangan mata ditebarkan ke sekeliling kawasan. Hatiku tertarik untuk berehat di taman rekreasi berdekatan.

    Aku berlari laju menuju ke sebuah bangku kosong. Takut jikalau ada orang lain duduk. Hahaha. Aku segera melabuhkan punggungku setelah penat berlari. Aku memandang ke sekeliling taman. Hmm tak ramai orang datang taman hari ni.

    Aku menegeliat kecil sambil memandang ke sebelahku. Terdapat sekeping buku lakaran berserta bahan-bahan lukisan yang ditinggalkan oleh pemiliknya. Aku mengambil kesempatan untuk membelek setiap helaian muka surat.

    Cantik

    Semua lukisan yang dilukis, cantik. Aku menyelak helaian kedua. Mulutku melopong melihat lukisan yang dilukis. Cantiknya. Siapa perempuan ni? Di bawah lukisan itu terdapat sebaris ayat. 'I Miss You'. Huh? Aku membelek lukisan yang seterusnya. Kebanyakan gambar perempuan tadi. Tapi kenapa muka perempuan ni macam kiddy sikit? Adik pelukis ke? Aku menutup buku lakaran tersebut dan cuba untuk mencari nama pemilik buku ni. Ahh, jumpa pun!

    Kim  Myung  Soo. Ohh, dia. Aku mengangguk kecil walaupun aku langsung tidak mengenali dia. Nama pun tak pernah dengar. Dia baru pindah sini ke? Atau dia berhijrah dekat sini? Eh, kenapa berhijrah? Berhijrah sama ke dengan pindah? Sejak bila aku pandai guna perkataan 'berhijrah'? Ehh.

    "Yahh! Kau buat apa dengan buku lakaran aku huh?" Suara seorang lelaki menerjah gegendang telingaku. Lantas aku kembali berpijak di dunia realiti. Aku terkebil-kebil memandangnya.

    "Err, Mianheiyo." Aku menjawab gugup. Buku lakaran yang dipegang segera dicampak ke atas bangku. Tetapi malangnya, buku tersebut terjatuh ke bawah bangku yang lecak dan kotor.

    "Yah, Yahh! Kenapa kau baling buku lakaran aku! Dah kotor dah!" Gertak lelaki tersebut. Aku terkaku. Mujur tidak ramai orang yang berada di taman. Jadi tak payah lah aku kena menanggung malu yang teramat malu.

    Dia meletakkan aiskrim yang dipegang di atas bangku lalu mengutip buku lakaran yang telah kotor dengan lumpuh.

    "Mianheiyo, Jeongmal mianheiyo!" Aku menundukkan badanku secepat yang mungkin. Wajah putih lelaki itu sudah bertukar kemerah-merahan kerana marah. Aku meneguk air liur ketakutan. Folio Sun Hwa dilekapkan ke dada sekuat yang mungkin.

    "I don't need your apologize! Kau tahu tak betapa pentingnya buku lakaran ni buat aku?" Jerkah lelaki tersebut atau lebih dikenali sebagai Myung Soo. Yaa, aku yakin dia Myung Soo. Kim Myung Soo. Kalau dia bukan Myung Soo, masakan dia akan marah-marah sampai macam ni sekali. Aku tunduk memandang kasut. Tidak pasti untuk berkata apa-apa.


Myung Soo's POV

    Aku mengurut kasar belakang leherku. Perasaan marah semakin kuat merantai jiwa apabila mengenangkan nasib yang diterima buku lakaranku. Aku menerung tajam gadis yang bertubuh kecil di depanku. Dia cuma berdiri kaku sambil memandang ke bawah. Ahh, dia pasti takut. Perasaan kesal mula menyerbu diri. Aku tak patut gertak dia sampai macam tu sekali. Duhh, bodoh lah aku ni.

    "Yah, err, kau menangis ke?" Aku menegurnya perlahan.

    Diam

    Sepi

    Aku mendekatkan diriku lalu meletakkan tanganku di atas bahunya. Wajahnya masih kekal tunduk memandang ke bawah.

    "Yah, Jangan menangis. Err, aku minta maaf." Aku menggoncang perlahan bahunya. Tapi, dia masih mendiamkan dirinya. Aku menjadi semakin kaget. Pandangan mata ditebarkan keseluruh taman. Gementar jikalau ada mata-mata yang sedang menonton adegan yang sedang berlaku.

    "Tak -_____- Kau fikir aku lembik sangat ke nak menangis." Aku menarik nafas lega apabila gadis itu akhirnya bersuara. Wajah selambanya ditenung lama. Haha, comel. Terus lenyap perasaan marahku yang tadinya membara.

    "Apa masalah kau pandang aku lama-lama?" Soalnya. Aku segera melarikan pandanganku ke tempat lain. Perasaan malu mula bertandang.

    "Huh? Aku nak kau bayar balik duit ganti rugi!" Secara tiba-tiba ayat itu tersembul keluar dari bibirku. Aku menggigit bibir bawahku tanda kesal.

    "Aku takde duit. Kbai." Balasnya selamba. Dia kemudian mengatur langkah untuk pergi meninggalkan taman. Aku segera menarik tangannya.

    "Kau nak lari mana huh?" Seukir senyuman sinis sengaja diukir di bibir nipisku.

    "Rumah la. Kau fikir aku nak pergi mana lagi." Dia menjawab malas. Aku mengeluh lemah. Entah kenapa aku tidak mahu perbualan ini tamat. Aku memandang ke sekeliling taman. Sengaja melambatkan masa. Pandangan mataku tertancap ke arah aiskrim yang tadinya diletakkan di atas bangku.

    "Yah, hampir cair dah!" Aku segera menjilat aiskrim tersebut tanpa menghiraukan dia yang sedang terpinga-pinga memandangku.

    "Apa masalah kau pandang aku lama-lama?" Aku sengaja menggunakan kesempatan ini untuk membalas dendam. Sekarang dia pasti berasa malu.

    "Kau,," Jari telunjuknya dihalakan ke arah aku. Aku memandangnya pelik. Terus terhenti aktiviti menyelamatkan aiskrim daripada meleleh jatuh.

    "Tak matang langsung." Sambungnya selamba. Hampir tersembul bola mataku apabila mendengar dia berkata sebegitu.

    "What the --" Sebelum sempat aku menghabiskan ayatku, badanku ditolak kasar dari belakang.

    GEDEBUKK *such a random sound*

    "Auch, Wargh!" Terkial-kial aku cuba bangun. Sebelum aku jatuh, gadis itu sempat mengelak daripada dihempap oleh aku. Aku kembali bangun dan melihat siapakan yang menolakku dari belakang.

    "Yah! Seung Cheol- ahh!" Aku menumbuk kasar bahu Seung Cheol. Seung Cheol tergelak besar melihat perubahan riak wajahku. Aku mendengus kecil. Mataku melilau mencari aiskrim yang terpelanting jatuh.

    "Yah! Kim Myung Soo! Apa kau dah buat?! Kau dah rosakkan folio kawan baik aku!" Aku tersentak mendengar jerkahan yang tiba-tiba menerjah masuk ke gegendang telingaku.

    "Huh? Bukan salah aku. Salah Seung Cheol." Aku menjeling Seung Cheol yang sedang tersengih disebelahku.

    "Tapi, tu aiskrim Myung Soo!" Sampuk Seung Cheol. Bahuku ditolak kasar oleh Seung Cheol. Cis. Makin geram aku dibuatnya.

    "Kau tahu tak folio ni penting bagi aku? Kau ingat senang ke aku nak buat folio ni balik? Argh!" Dia mengusutkan rambutnya. Tubir matanya jelas kelihatan berair. Wajah aku dan Seung Cheol direnung tajam. Seung Cheol cuma tunduk ke bawah apabila ditengking sebegitu.

    Lima saat berlalu,

    Gadis itu berlari keluar meninggalkan taman. Aku memandang wajah Seung Cheol yang sedang terpinga-pinga.

    "Semua ni salah kau." Aku menolak lembut bahu Seung Cheol. Seung Cheol cuma tersenyum tawar.

    "Kau tak nak minta maaf ke?" Soal Seung Cheol.

    "Aku pulak. Kau la yang patut minta maaf." Aku duduk di bangku sambil mengeliat kecil. Terasa penat setelah berdiri agak lama.

    "Myung Soo, kau rasa, aku ada peluang nak jumpa dia balik tak?"

    "Maybe, who knows?"

Maaf kalau ada kesalahan tatabahasa atau ejaan. 

Chapter 2 preview ;
  • "Betul ke lelaki tu marah kau?
  • "Hey, berhenti ketawa sekejap, aku nak cakap sesuatu ni."
  • "Tiga hari dalam seminggu? Gila wehhh! AAA~ Let me die in peace."
  • Kenapa dia boleh ada dekat sini? Kenapa aku tak perasan dia tadi? Kenapakah? 

Btw, this is Leo 


    

    





1 comments:

Anonymous said... [Reply]

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA. MIRAAAA, SAMBUNG CEPAT. AKU NAK BACA LAGI. AAAAAAAAAAAAAAAAAAA <3 BEST GILA GILA ;D